Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Mac 08, 2011

Kerja! Kerja! Kerja!

Rindu sama blog. Semenjak dua tiga menjak ni dah jarang update blog sebab kesuntukan masa ( ececeh padahal malas... )

Kerja shift macam aku ni memerlukan masa rehat yang berlainan dari orang lain. Mana tidaknya, orang tidur, aku berjaga. Orang lain sibuk kerja, aku pula melepak kat rumah.

Bila off day tu, teringin jugak nak update blog. Banyak cerita nak kongsi. Tapi, penyakit malas sangat menguasai diri. Memang katil menjadi pilihan utama.

Berbalik kepada perihal kerja, Alhamdulillah dah masuk 3 bulan aku kerja. Walaupun ada sedikit cabaran dan rintangan, tapi aku bersyukur semuanya tidak terlalu membebankan. Aku anggap itu semua sebagai pengalaman berharga yang boleh mematangkan diri aku.

So far, aku enjoy kerja ni walaupun terpaksa korbankan masa bersama Encik Rizal. Dia pun dah faham. Ini semua demi masa depan kami.

Oklah kamu-kamu. Nanti bila aku dah ada mood rajin, aku update tentang aktiviti-aktiviti aku. Banyak aktiviti yang aku buat yang ingin dikongsi tapi pelan-pelan kayuh ye!!! Hehe ;-)
Published with Blogger-droid v1.6.7

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin