Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mac 10, 2011

Takde Nafsu

Sejak kebelakangan ni, aku dah takde nafsu nak aktif di laman sesawang sosial Facebook. Aku dah macam bosan.

Kalau dulu, sehari tak log in kat laman sesawang yang berkaitan, aku rasa hidup aku tak lengkap. Mesti nak letak status merapu meraban sebarang dua. Lagi seronok bila status aku dapat perhatian ramai. Makin menjadi-jadi pulak aku berbalas komen walaupun kekadang komen-komen tersebut dah jadi merapu. Dah terkeluar tajuk.

Tapi sekarang ni, log in sekejap je, tak sampai 10 minit, aku dah rasa bosan. Takde lagi apa-apa yang menarik bagi aku. Kalau lama pun aku mengadap Facebook, mungkin hanya kerana aku singgah ke beberapa profil kedai online yang biasa aku berurusan untuk tengok stok baru. Selebihnya, aku habiskan masa main games hehe ;-)

Kenapa ekh? Atau aku sorang je macam tu sedangkan orang lain rancak dan seronok ber-Facebook.

Atau sebab aku dah tua (muahahaha) ... Hormon tak seimbang. Jadi aku cepat bosan? Hahahaha

Cecite cecite ;-)

Aishhh...

Mungkin aku perlu beralih arah kepada sesuatu yang baru untuk merasa semula keseronokan berinternet.

Kamu-kamu ada cadangan?

Silalah silalah :-)
Published with Blogger-droid v1.6.7

3 ulasan:

Shima Sayugia berkata...

heyyy!!!
aku rse sume org penah rse kot!aku dlu penah,plg lame aku dpt berthn adala selama 2mggu!pastu tgn palelutut sume gegel sbb ketagihan tu dtg blk!normal beb....ko xcaye ko tggu!

nedza berkata...

facebook bosan arrr... same jek . bowingk!!

adekz berkata...

ape yg ko rase skrg..aku tgah rase ni dokkkkkkkkkkk..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin