Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Sabtu, Jun 25, 2011

Sepah ... Baik Punya !!

Hooreyyyy ...

Sepah menang Maharaja Lawak ... memang terbaekkkk punya =)

Walaupun aku sedikit kecewa sebab Jozan tak menang, tapi aku tetap puashati sebab Sepah memang layak untuk menang.

Gelak sakan tengok persembahan diaorang.

Aku rasa semalam adalah episod paling terbaik dalam Maharaja Lawak. Nak terburai isi perut aku tengok lawak diaorang.

TAHNIAH SEPAH !!! BAIK PUNYA !!

Jom layan ...











SANG JUARA !!

Khamis, Jun 23, 2011

Mimpi

Sejak kebelakangan ini aku selalu bermimpi tentang perkara-perkara yang kadang-kadang buat aku terjaga sambil berpeluh-peluh dan dada berdegup kencang.

Kadang-kadang aku mimpi berlari tanpa henti. Kadang-kadang aku bermimpi berenang di lautan luas sampai tak cukup nafas. Ada sekali tu aku mimpi aku dikejar dinosaur sampai tak cukup tanah aku hayun kaki mengalahkan atlet acara pecut 100 meter.

Apa maksud semua mimpi ni ekh ??

Adakah peringatan untuk aku yang selalu leka dan cuai dalam menjalankan kewajipan aku sebagai Muslim atau seorang anak atau seorang isteri ??

Ya ALLAH ...

Sekiranya aku lalai dalam memenuhi tuntutan-MU, ampunilah aku. Aku manusia lemah. Berilah aku petunjuk agar aku kembali kepada jalan-MU.

Mungkin sesetengah orang akan kata mimpi itu mainan tidur. Tapi entahlah. Kalau asyik bermimpi perkara yang lebih kurang sama berulang kali, aku jadi takut.

Kamu-kamu ada pendapat tak ??

Isnin, Jun 20, 2011

K-POP Wannabes ... Blueksss !!

Homaigod 

Homaigod

Homaigod

Geli ketiak aku bila terbaca or tertengok cerita pasal artis berangan yang nak tiru budaya K-POP or Korean POP ...

Adehhh ...

Henti-hentikanlah ...

Bukan taknak support industri seni tanahair tapi kalau semua budaya tu nak dicedok dan ditiru bulat-bulat, aku rasa baik tak payah. Takde identiti sendiri.

Segala segi nak copy ... muzik, showmanship, pakaian ...

Alamak !! Muntah hijau siot ...

Tak salah nak terapkan muzik genre K-Pop tu dalam lagu Melayu tapi tak perlulah nak tiru segala gaya diaorang. Memang serius meluat dowhh ...

Rambut nak kena cacak, pakai nak kena dedah-dedah dada, paha ... Apa ni? Apa ni?

Aku tak pasti orang lain, tapi untuk diri aku memang aku tak boleh terima 'Malaysian K-Pop Wannabes' nie ...

I'm sorry ... bak kata Amir Raja Lawak ...





aduihhhh ... pening mak nyahhhh ...



24:7 tu budget ala-ala SuJu ke ape ???



gelikkkk





kamu-kamu fikirlah sendiri =(






big no no no !!




speechless ... *muntah*




mungkin ini idola mereka ... 2AM





dikatakan Wonder Girls versi Malaysian ...


idola si Gula-Gula ...






all pic credited to google 

Ahad, Jun 19, 2011

Happy Father's Day ... Daddy Cool =)

With A Lots of Love ...




HAPPY FATHER'S DAY TO MY DEAREST DADDY ... 
ENCIK JAFFRI BIN JONED ...



EVEN WE ARGUE A LOT, YOU STILL THE BEST DADDY EVER =)


WE LOVE YOU SO MUCH !!



Jumaat, Jun 17, 2011

I'm Craving For These !!

arghhhhh !!! i want these ... yummies =)





kalau ada branch kat JB ... memang dah lama aku serang !!





Pavlova ... mana nak cari benda ni kalau kat JB ...





mud pie ... meleleh siot air liur =)

Misteri

One check ...

Two check ...

Hehe ...

Dah lama gilos tak menulis dalam blog kesayangan. Habis berhabuk dan bersawang diari maya aku yang satu ini.

Berbalik kepada tajuk entri ... apa yang misteri adalah takde misteri pun. Ramai jugak yang bertanya mana aku pergi ... dah lama tak update blog ...

Takde ke mana pun ... Masih dalam Malaysia .. hikhik ..

Cuma masa dan keadaan tak mengizinkan aku untuk menulis buat seketika. Lagipun takde apa yang menarik berlaku dalam kehidupan seharian aku selain daripada kerja dan aktiviti harian biasa yang aku buat sebagai surirumah.

Aku masih lagi membaca blog kawan2 yang lain, cuma feel nak menulis tu takde sehinggalah saat ini, tetiba je rasa macam nak tulis sesuatu.

Saja nak bagitau kamu-kamu yang aku masih di sini. Menjalani hidup seadanya.

InsyaALLAH .. lepas ni aku akan terus menulis macam biasa. Terpulang pada mood dan masa. Dua-dua nak kena ngam. Baru boleh post entry kaw-kaw ... =)

Cukuplah sedikit nukilan untuk harini ... nanti kita jumpa lagi okeh ...

Bubye !!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin