Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Jun 23, 2011

Mimpi

Sejak kebelakangan ini aku selalu bermimpi tentang perkara-perkara yang kadang-kadang buat aku terjaga sambil berpeluh-peluh dan dada berdegup kencang.

Kadang-kadang aku mimpi berlari tanpa henti. Kadang-kadang aku bermimpi berenang di lautan luas sampai tak cukup nafas. Ada sekali tu aku mimpi aku dikejar dinosaur sampai tak cukup tanah aku hayun kaki mengalahkan atlet acara pecut 100 meter.

Apa maksud semua mimpi ni ekh ??

Adakah peringatan untuk aku yang selalu leka dan cuai dalam menjalankan kewajipan aku sebagai Muslim atau seorang anak atau seorang isteri ??

Ya ALLAH ...

Sekiranya aku lalai dalam memenuhi tuntutan-MU, ampunilah aku. Aku manusia lemah. Berilah aku petunjuk agar aku kembali kepada jalan-MU.

Mungkin sesetengah orang akan kata mimpi itu mainan tidur. Tapi entahlah. Kalau asyik bermimpi perkara yang lebih kurang sama berulang kali, aku jadi takut.

Kamu-kamu ada pendapat tak ??

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sis... 1 reason kita mengalami mimpi ngeri (mimpi sampai jantung bergedup kencang) adalah kerana kandungan gula dalam badan tinggi... (Dapat tau dari pembacaan)

U can do a check up to prevent any diseases. If tak berkaitan maybe itu adalah mainan tidur semata-mata..

Enjoy reading ur blog sis.. Have a good day..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin