Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Oktober 20, 2011

Bukti Manusia Dah Ramai Yang Mati Hatinya

Aku tahu ramai yang dah tahu kejadian yang menggemparkan dunia apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dilanggar lari 2 kali dan hanya terlantar kesakitan kat tengah jalan tanpa ada yang ambil kisah. Berlaku kat China.

Memang kesian sangat. Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok kat sini.

Masa tengok video tu, aku siap menjerit. Lepas dah tengok, aku terdiam. Termenung. Berfikir sekejap kenapa orang ramai yang lalu lalang kat situ taknak membantu langsung budak tu. Nasib baik, ada sorang nyonya tolong alihkan budak kecil tu ke tepi.

Banyak pendapat yang aku baca tentang kes ni. Kebanyakan info yang aku baca, orang ramai taknak bantu sebab taknak kena saman dengan ibubapa budak kecil tu sebab pernah berlaku kes langgar lari, bila ada orang tolong, sudahnya orang tu yang kena tuduh sebabkan kejadian tu. Lebih kurang macam tu la cerita dia.

Aku memang tak tahu nak cakap apa. Memang tak boleh cakap apa pun. Boleh tengok dan berdoa supaya takkan ada lagi perkara macam ni terjadi.

Manusia sekarang memang dah mati hati kan?? 

Dalam minggu ni aku rasa banyak kes luar tabii yang disogokkan pada kita. Macam kes bapa liwat anak yang baru berumur 23 hari hanya semata-mata kerana bini taknak layan dia. Bini dia masih dalam pantang. Ishhhh memang haram betul la jantan tu. Biar mati mereput dalam penjara. Sakitnya hati.

Lagi satu kes, pasal budak 16 tahun lahirkan anak luar nikah. Bila jantan taknak bertanggungjawab, dikelarnya anak dia. Memang tak sangguplah aku nak tengok gambar dia. Sedih lagi.

Manusia dah banyak yang terbabas dari landasan hidup. Kekadang aku terfikir, kenapa mereka-mereka ini tergamak buat benda macam tu. Stress sangat ke?? Atau memang syaitan dah merasuk hati. Mengeluh aku dibuatnya. 

Ya ALLAH ... jauhkanlah aku dan semua umat-Mu dari perkara-perkara yang menyesatkan. Berikanlah aku dan semua umat-Mu kekuatan dan kesihatan mental dan fizikan dalam menempuh kehidupan seharian. Janganlah lalaikan kami dari jalan-Mu. Terangilah jalan kami untuk menuju kepada-Mu. Amin.

1 ulasan:

OgysiJemariSeni berkata...

Manusia hati batu... Hahak pon baru buat entry pasal ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin