Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Oktober 24, 2011

Kesilapan

Kita selalu dengar orang cakap phrase 'belajar dari kesilapan'.

Tapi, berapa ramai dari kita yang sememangnya menjadikan kesilapan itu suatu benda yang perlu dipelajari.

Berapa ramai yang betul-betul belajar untuk tidak mengulang kesilapan yang pernah kita buat.

Berapa ramai pula yang jenis susah nak mengakui kesilapan sendiri macam aku.

Berapa ramai juga yang tahu dia melakukan kesilapan tapi tak pernah cuba untuk memperbaiki diri macam aku. Mungkin pernah mencuba tapi tetap melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

Kadang-kadang kesilapan yang kita buat boleh buat kita merana seumur hidup. Mungkin itu akan merubah orang. Tapi kalau kesilapan yang kecil, yang tak mendatangkan kesan buruk, macamana kita nak pastikan kita tak ulangi lagi.

Kadang-kadang ada orang suka menuding jari sesenang hati pada orang lain bila dia buat kesilapan. Alasannya, terpengaruh. Terikut-ikut. Takde orang marah.

Kenapa mesti nak salahkan orang lain bila sendiri buat silap. Nak tunjuk diri tu baik ke? Kalau baik, tentu tak terpengaruh kalau orang lain buat silap.

Ini tidak, orang terjun gaung, dia pun nak jugak terjun. Bila luka parah, nak salahkan orang lain.

Memang kita manusia. Tak sempurna. Tapi, kenapa kita selalu melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang walaupun kita dah tau kesan dan akibatnya di kemudian hari.

Entri ini bukan nak salahkan orang lain. Tapi peringatan pada diri sendiri. Akhir-akhir ni asyik buat kesilapan yang berulang-ulang je. Lepas buat tu rasa menyesal tapi lepas tu buat lagi.

Aishhhhh ....

*mode : ketuk kepala dengan bantal*

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin