Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Julai 18, 2012

Handphone Oh! Handphone

Tiba-tiba hangat isu pasal handphone. Tapi bukan pasal handphone Samsung SIII mahupun Iphone 5. Ini pasal kerajaan benarkan pelajar bawak handphone ke sekolah.

Fuyooo ... beruntung budak-budak sekarang. Zaman aku dulu, pakai telefon rumah pun curi-curi. Bila bil sampai, kecut perut sebab takut kalau-kalau bil melambung. Lebih dari RM30 jek, arwah atok dan nenek aku dah bising :(

Tapi, budak-budak sekarang, masing-masing handphone canggih manggih mengalahkan aku yang dah kerja jadi kuli batak lebih 10 tahun ni.

Berbalik kepada isu bawa handphone pergi sekolah. Ada yang setuju. Ada yang tidak. Kalau tanya aku, aku rasa aku tak setuju. Walaupun sebenarnya pada ketika ini pun, memang dah ramai pelajar yang bawa handphone pergi sekolah cuma secara curi-curi. 

Pada aku, banyak masalah akan timbul di kemudian hari. Mana tidaknya, bayangkan kalau cikgu tengah mengajar kat depan, pelajar ni kat belakang main game la, main sms la, BBM la, what's up la. Bila masanya nak tumpukan perhatian pada pelajaran. Penat jek cikgu mengajar tapi satu haram tak masuk dalam kepala otak anak murid.

Bila dah bawak handphone pergi sekolah, mulalah nanti pelajar2 ni naik lemak. Kena tangkap main sms dalam kelas, confirm tak takut langsung sebab alasannya diizinkan bawak handphone ke sekolah.

Budak-budak sekarang bijak-bijak. Baik bijak dalam pelajaran mahupun bijak menipu dan bijak bersikap kurang ajar dengan cikgu.

Cuba bayangkan, kalau dalam satu kelas ada 40 orang murid. Semua bawak handphone pergi sekolah. Semua main game, main sms bagai masa cikgu tengah mengajar. Kau ingat, sorang cikgu je mampu nak marah semua orang? Unless dia cikgu displin-misai-tebal-dahi-berkerut-jalan-tegak-dari-jauh-kau-nampak-kau-dah-rasa-nak-terkencing (walaupun kau tak buat salah pun) ....

Pendapat aku, kerajaan kena kaji semula peraturan ni. Letakkan garis panduan yang tepat dan jelas tentang membawa handphone ke sekolah.

Mungkin boleh bawak handphone tu tapi bila masuk kelas kena serahkan pada cikgu. wajib offkan. Takpun kat setiap kelas pasang censor yang boleh detect handphone yang tak dimatikan. Nanti bunyi2 bising macam fire alarm tu. Bergegar gegendang telinga. Hahahaha

Apa-apapun, aku kurang setuju dengan peraturan ni. Banyak yang tak elok nanti jadinya.

Ekh tapi kawan aku cakap bagus sebab kalau ada perkara buruk yang terjadi, pelajar boleh hubungi polis atau ahli keluarga dengan segera.

Ermm betul jugak. Kalau-kalau kena kejar dek anjing, mana yang tak sayang handphone atau cari alasan nak beli yang baru, bolehlah buat baling anjing tu kan ... miahahahaha


Terpulang pada kamu-kamu nak nilaikan. Tepuk dada, sendiri sakit hehe =)






handphone yang dikatakan boleh dibuat baling anjing, pasti anjing akan cedera parah =)

Selasa, Julai 17, 2012

Kuih Raya 2012

Ni nak promote kuih raya buatan diri sendiri.


Dah 3-4 tahun jugak la aku berniaga kuih raya ni menjelang Ramadhan dan Syawal. Buat tambahan beli baju raya-berlabuci-satu-badan.


Kuih yang aku jual, semuanya simple je. Rasa? InsyaALLAH sedap dan HALAL.


Pada yang berminat bolehlah email order ke faizah2381@gmail.com


Pembeli yang berada di luar Johor Bahru jangan risau, aku boleh poskan tapi kosnya sendiri tanggung la ye =)


Meh cuci-cuci mata






Harga : RM18 (50 pcs)


Kacang Badam disalut coklat dan ditaburi kelapa
Harga : RM22 (50 pcs)



Harga : RM25 (50 pcs)


Harga : RM18 (50 pcs)


Harga : RM20 (50 pcs)



Khamis, Julai 12, 2012

Bini No 2 Adi Putra

Biar betul?

Adi Putra ada bini no 2 ???

Siapakah dia ??


























Hahahahahahahaha .... *gelak guling-guling* 

Tak memasal dapat maki free aku petang-petang macam ni.

Ni semua gara-gara tetiba mimpi jadi bini no 2 Adi Putra malam tadi. Terjaga dari tidur, tengok jam pukul 4.00 pagi. Dahtu terus tersengih-sengih sorang-sorang macam orang gila.

Ouh Adi Putra, saja jek you ni tau main-mainkan perasan I. Dahlah I memang suka sama you mucho mucho =)

Ni kalau aku cerita kat Encik Rizal, mesti dia gelak gila-gila ni sebab bini dia dah angau tak tentu pasal.

Ouh Adi Putra ....





*melting*




*yummy yumm-oh*






*drooling*oh gosh*



Hehehe.

Bye. 

Selasa, Julai 10, 2012

Kosong

Assalammualaikum.


Kembali bernafas. Lagi sekali aku kembali di sini setelah sekian lama tak menulis. Tepu rasanya otak ni masa nak mulakan langkah.


Macam-macam aku fikir. Apa nak tulis. Nak letak tajuk apa. Ada lagi ke orang yang baca? 


Tapi tangan terus laju menaip sehingga barisan ini.


Lama aku berhenti.


Kembali menaip.


Seperti biasa, aku masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini. Syukur ALHAMDULILLAH. Cuma masa dan idea sangat membataskan aku untuk kembali menulis.


Sedaya upaya aku cuba untuk kembali menulis tapi selalunya aku kalah dek ketandusan idea. Sudahnya, kebanyakan tulisan yang aku dah mulakan aku humban ke dalam 'draft'. Terbiar. Tak berpenghujung.


Kali ini aku nekad. Menghabiskan nukilan walau isinya hampas. Sekadar memberitahu dunia, aku masih ada.


Hurmm ...


Perlu berhenti di sini sebelum nukilan ini juga dihumbankan.


InsyaALLAH, akan ada lagi berita aku untuk kamu.


By the way, tajuk entri ni tiada kena mengena dengan Najwa Latif. Sekian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin