Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Julai 18, 2012

Handphone Oh! Handphone

Tiba-tiba hangat isu pasal handphone. Tapi bukan pasal handphone Samsung SIII mahupun Iphone 5. Ini pasal kerajaan benarkan pelajar bawak handphone ke sekolah.

Fuyooo ... beruntung budak-budak sekarang. Zaman aku dulu, pakai telefon rumah pun curi-curi. Bila bil sampai, kecut perut sebab takut kalau-kalau bil melambung. Lebih dari RM30 jek, arwah atok dan nenek aku dah bising :(

Tapi, budak-budak sekarang, masing-masing handphone canggih manggih mengalahkan aku yang dah kerja jadi kuli batak lebih 10 tahun ni.

Berbalik kepada isu bawa handphone pergi sekolah. Ada yang setuju. Ada yang tidak. Kalau tanya aku, aku rasa aku tak setuju. Walaupun sebenarnya pada ketika ini pun, memang dah ramai pelajar yang bawa handphone pergi sekolah cuma secara curi-curi. 

Pada aku, banyak masalah akan timbul di kemudian hari. Mana tidaknya, bayangkan kalau cikgu tengah mengajar kat depan, pelajar ni kat belakang main game la, main sms la, BBM la, what's up la. Bila masanya nak tumpukan perhatian pada pelajaran. Penat jek cikgu mengajar tapi satu haram tak masuk dalam kepala otak anak murid.

Bila dah bawak handphone pergi sekolah, mulalah nanti pelajar2 ni naik lemak. Kena tangkap main sms dalam kelas, confirm tak takut langsung sebab alasannya diizinkan bawak handphone ke sekolah.

Budak-budak sekarang bijak-bijak. Baik bijak dalam pelajaran mahupun bijak menipu dan bijak bersikap kurang ajar dengan cikgu.

Cuba bayangkan, kalau dalam satu kelas ada 40 orang murid. Semua bawak handphone pergi sekolah. Semua main game, main sms bagai masa cikgu tengah mengajar. Kau ingat, sorang cikgu je mampu nak marah semua orang? Unless dia cikgu displin-misai-tebal-dahi-berkerut-jalan-tegak-dari-jauh-kau-nampak-kau-dah-rasa-nak-terkencing (walaupun kau tak buat salah pun) ....

Pendapat aku, kerajaan kena kaji semula peraturan ni. Letakkan garis panduan yang tepat dan jelas tentang membawa handphone ke sekolah.

Mungkin boleh bawak handphone tu tapi bila masuk kelas kena serahkan pada cikgu. wajib offkan. Takpun kat setiap kelas pasang censor yang boleh detect handphone yang tak dimatikan. Nanti bunyi2 bising macam fire alarm tu. Bergegar gegendang telinga. Hahahaha

Apa-apapun, aku kurang setuju dengan peraturan ni. Banyak yang tak elok nanti jadinya.

Ekh tapi kawan aku cakap bagus sebab kalau ada perkara buruk yang terjadi, pelajar boleh hubungi polis atau ahli keluarga dengan segera.

Ermm betul jugak. Kalau-kalau kena kejar dek anjing, mana yang tak sayang handphone atau cari alasan nak beli yang baru, bolehlah buat baling anjing tu kan ... miahahahaha


Terpulang pada kamu-kamu nak nilaikan. Tepuk dada, sendiri sakit hehe =)






handphone yang dikatakan boleh dibuat baling anjing, pasti anjing akan cedera parah =)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin