Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Julai 10, 2012

Kosong

Assalammualaikum.


Kembali bernafas. Lagi sekali aku kembali di sini setelah sekian lama tak menulis. Tepu rasanya otak ni masa nak mulakan langkah.


Macam-macam aku fikir. Apa nak tulis. Nak letak tajuk apa. Ada lagi ke orang yang baca? 


Tapi tangan terus laju menaip sehingga barisan ini.


Lama aku berhenti.


Kembali menaip.


Seperti biasa, aku masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini. Syukur ALHAMDULILLAH. Cuma masa dan idea sangat membataskan aku untuk kembali menulis.


Sedaya upaya aku cuba untuk kembali menulis tapi selalunya aku kalah dek ketandusan idea. Sudahnya, kebanyakan tulisan yang aku dah mulakan aku humban ke dalam 'draft'. Terbiar. Tak berpenghujung.


Kali ini aku nekad. Menghabiskan nukilan walau isinya hampas. Sekadar memberitahu dunia, aku masih ada.


Hurmm ...


Perlu berhenti di sini sebelum nukilan ini juga dihumbankan.


InsyaALLAH, akan ada lagi berita aku untuk kamu.


By the way, tajuk entri ni tiada kena mengena dengan Najwa Latif. Sekian.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin