Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, September 26, 2012

Legoland Oh! Legoland Part 1

Assalammualaikum.

Ehem ehem. Lama kot tak update blog. Ini adalah perkara biasa sebab penyakit 'M' melanda. Penyakit yang satu ni kalau datang, penangan dia memang hebat. Tapi, bukan langsung tak jenguk blog ni. Still blogwalking cuma nak menaip je sedikit malas.

Ok. Ok. Sebelum melalut lebih jauh, berbalik kepada tajuk entry ... ececeh ... macam rancangan bual bicara la pulaksss ... dengan berlagaknya rendah dirinya aku mengumumkan aku dah pun masuk ke Legoland Malaysia.

Actually, aku pergi sebab ada officemate aku ni dapat ticket free. Dia boleh bawa 4 orang. Oleh kerana aku adalah kakak sayang dia, maka dia mengajak aku bersama. Encik Rizal tak ikut .. sobsob .. takpe sayang ekh, nanti tahun 2014 kita pergi berdua pulak ekh. Kalau by that time ada anak, kita bawak anak kita sekali ok. Pinky promise?! Hiuhiuhiu ;)

Masa aku pergi ni, Legoland belum buka to public. Kira ni private event. Terasa diri ini VVIP la konon. Phuihhh.

Kiteorang sampai sana dalam pukul 4 petang. Time tu dah mendung berarak dah. Gelap semacam. Macam nak hujan. Tapi, memang hujan cuma tak lama.

Sampai kat kaunter, officemate aku tukar tiket then cam-whoring secara berjemaah kat pintu masuk tu. Itu wajib la kan. Baru cool. Baru best bila upload dalam Facebook, semua orang macam waaaa .... ko dah pergi Legoland. kan belum buka lagi ... Masa tu hidung kembang-kempis-kembang-kempis. Ekh?! Dah macam riak pun ada. Dahlah tiket free. Nak riak lebih-lebih pulak. Pang sekali kang baru tau!!!

Ok. Ok. Sambung.

Masuk kat dalam memang rasa excited sangat. Rasa macam nak jadi kanak-kanak ribena semula. Seronok tak hengat.

Masing-masing mulalah melilau sana sini. Click! sana. Click! sini. Posing sakan kau! Wajib la kan. Tempat baru jelajah. Mestilah nak kena ada gambar. Jadi bukti.

Kiteorang pun mulakan misi menjelajah satu kawasan tu. Mana ada spot menarik, kiteorang pun stop untuk ambil gambar. Games kat dalam ni boleh tahan la. Ada rollercoaster, ada panggung 4D, ada menara. Kebanyakkan mainan adalah untuk kanak-kanak. 

Aku cuma main roller coaster versi kanak-kanak je. Bukan tak berani nak naik yang adult punya tapi sebab aku pergi solo kan, kalau jadi apa-apa susah pulak. Takut termuntah ke, sakit kepala ke. Sapa pulak nak melayan kerenah aku. So, aku decide taknak main games yang extreme. Tapi, naik roller coaster kanak-kanak pun dah pening-pening kepala aku dibuatnya hehe ...

Ok. Ok. Taknak bebel-bebel lagi. Jom layan gambar ... gambar tak ikut turutan ye ;)











orang dewasa yang tak sabar-sabar nak masuk





















ini adalah roller coaster versi kanak-kanak ye ... tapi 2 kali dia pusing. pening kepala kau!!



































yang ni roller coaster orang dewasa... tengok je pun aku dah pening ...








































































ni best. panggung 4D. watak dalam cerita dia semua adalah LEGO!
































































































selain games extreme, kat sini ada fun games. tapi kena bayar. masa aku masuk ni still free lagi =)
















































































































































































Malas nak tulis caption. Tengok gambar pun dah tau kan betapa tuan tanah kedaung sangat excited.

Kat sini banyak kedai makan. So tak perlu risau kena berlapar berhaus bagai. Makanan rasanya semua HALAL! Harga, boleh la. Masih boleh diterima akal.

Kalau tak silap aku, surau kat sini ada 2. Satu kat pintu masuk utama dan satu lagi dia area park. Surau sangat selesa. Toilet pun bersih. Cuma aku rasa macam kurang kerusi. Kalau nak lepaskan lelah berjalan sakan tu macam payah.

Cuma yang tak best, tempat ni baru lagi jadi pokok-pokok semua alahai kontot-kontot belaka. Kalau panas, memang terasa bahangnya. Kalau hujan, siap sedia la ekh nak berlari cari tempat berteduh.

Overall, aku memang puas hati. Satu perkara jek yang aku tak puas hati. Harga cenderahati dia. Pergh!!! Mahal melampau kot! Kalau korang perasan kat gambar-gambar tu aku ada selitkan 1-2 gambar barang yang dijual dan harga dia sekali. Pada aku macam tak munasarawaksabah pulak.

Fridge magnet harga dm RM19.90 sebiji. Kalau beli 3, RM56.90++ macam tulah. Mahal kan?! Payung pulak harga RM70++ macam tu. T-Shirt lagilah ... sehelai cecah RM100++ ... Uishh berpeluh ketiak menengok harganya. Boleh mendatangkan amarah ni. Dahla aku baru berjinak-jinak jadi pengumpul fridge magnet! Sudahnya tak beli apa-apa pun. Marah+jok!!

Mungkin pada orang lain harga dia ok tapi pada aku sangat tidak reasonable. Even masa aku pergi USS, ada je kot jual fridget magnet harga S$5. Kalau convert ke RM memang la mahal, tapi cuba bayangkan kamu-kamu Singaporean, setakat S$5, kira oklah kan. Faham tak point yang aku cuba sampaikan?! Mungkin barang kat Legoland ni world class kot, jadi kenalah jual mahal.

Apa-apapun, sebagai anak jati negeri Johor, aku sangat berbangga dengan adanya Legoland ni. Ada sesuatu yang boleh aku banggakan. 

Pada yang berminat nak pergi, boleh usha2 harga tiket ke, maps ke dan segala info berguna kat sini.

Aku nasihatkan beli annual pass even harga dia mahal tapi boleh masuk banyak kali especially kalau kamu-kamu memang stay kat Johor. Dan juga, sangat dinasihatkan pergi la next year or 2014 sebab time tu insyaALLAH dah ada water park sekali. WootWoot!!

Ok. Ok. Dah penat menaip. Ekh ni baru part 1 kan? Ada part 2. Yang part 2 aku tunjuk gambar kat Miniland ok. Nak tepek kat sini macam banyak sangat. 

So, stay tune! 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin