Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Januari 10, 2013

Birthday Siapa Sebenarnya Ni?!

Assalammualaikum ...

Hehe ... janganlah terperanjat tengok kita update blog kita. Malulah kita. Alaa kita tengah rajin ni.

Ekh perasan ekh. Kita make up kan sikit blog kita ni. Bosan pulak tengok make up lama. Bila dah berubah rupa ni, terus rasa semangat nak letak 10 entri sekaligus. *melampau*

Tapi, jangan risau. Takkan adanya 10 entri sekaligus. Saya belum sampai tahap rajin gilos. Lagipun, ni boss besar and boss kecik takde kat office, tu yang melencong ke sini. Kalau tak, saya jalan lurus je tau miahahahaha :)

Ekh ekh. Melalut la pulak.

Sebenarnya nak cerita pasal birthday party. Party ni dah lama. Pertengahan Disember 2012 kot. Tapi tak kira. Nak cerita jugak. Kata rindu kat saya. So, saya paksa anda-anda baca entri ni hahaha *gelak jahat*

Penganjur party ni adalah one of my BFF, iaitu Raja (Fizza) sempena 1st birthday baby girl dia, Qaseh Nur Arissa yang sangat-sombong-taknak-orang-lain-dukung-kalau-dukung-jugak-muka-start-mencemik-nak-menangis-cari-mummy-dia. Mengada sangat!!

Party tu kat Ledang Retreat Clubhouse, Nusajaya. Tempat eksklusif, you. Terkesima kejap I masa sampai kat situ. 

Makan semua sedap2 tapi lupa nak snap gambar sebab seronok sangat bergambar sakan dengan kawan-kawan sampaikan Encik Rizal confuse sapa yang sambut birthday sebenarnya.

Saya ni memang macam tu. Kalau dah jumpa kawan-kawan baik, selalu lupa diri walaupun umur dah masuk 32 tahun.

Theme party tu "Mickey Mouse". Kebanyakkan deco dalam dewan tu semua berkaitan Mickey tapi seperti yang saya maklumkan tadi, langsung tak ambil gambar sebab busy dengan tugas lain. Miahahahaha :)





Inilah dia birthday girl yang cemeng, Acheh!! Kek tu kek icecream. Sedap :)





cukup rasanya 2 gambar ini menceritakn betapa seronoknya kami dan membuat para tetamu semua bermuka pelik. banyak lagi gambar tapi malas nak upload sebab memang poyo gila. gambar birthday girl dengan mummy dia sikit je kot. hahahahaha :)




oklah. aku tambah lagi satu gambar. nampak tak? faham tak? kaitan himpunan gambar2 ini dengan tajuk entri. kalau tak faham, sekian. k. bye.





aktiviti untuk kanak-kanak




ermmm tak tau nak tulis apa dahhhh hahahaha :)




Overall, party tu memang fun and happening. Mungkin saya dan kawan-kawan membuatkan party ini jadi meriah. Sebab tetamu lain macam malu-malu.

Anyway, thanks to Raja (Fizza) sebab jemput kitaorang. This year jemput lagi ekh. Buatlah kat Legoland pulak. Hahahaha *sesuka hati kau jek kan!*

Ekh baru perasan. Ini entri pertama tahun 2013.

Harap-harap bukan yang terakhir. Hikhik. Dahlah. Bye!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin